The Most/Recent Articles

Showing posts with label Takaful. Show all posts
Showing posts with label Takaful. Show all posts

mySalam

Pada 24 Januari 2019, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 dan pada hari ini (27.02.2019) ditukar kepada nama Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam yang menyediakan perlindungan takaful kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).

Permohonan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam dibuka kepada golongan B40 dan permohonan boleh dibuat melalui alamat laman sesawang http://www.mysalam.com.my
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui pesanan SMS.
Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan (Malaysia) setelah memenangi piliharaya ke – 14 (PRU-14) dan parti yang memerintah Malayisa, bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.69 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun, serta pasangan mereka. Inisiatif ini menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings yang telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam. Kerjasama ini merupakan contoh model Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) yang tulen, ke arah membina rangkaian perlindungan sosial yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

B40 adalah golongan kumpulan isi rumah berpendapatan purata  bulanan RM 3860.00 kebawah dan 40% rakyat Malaysia dalam golongan ini.

Sebagai permulaan, skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Diantara faedah Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam:-

  1. Menyediakan pembayaran sebanyak RM8,000 satu kali / sekaligus sekiranya mereka disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal.
  2. Menyediakan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari bersamaan purata RM 700 setahun kepada mereka (B40) yang menerima rawatan di mana-mana Hospital Kerajaan Malaysia.
Senarai 36 Penyakit Kritikal yang Dilindungi di bawah Skim Perlindungan Nasional B40:-
  1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningitis Bakteria - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  4. Tumor Otak Benign - Keterukan Tertentu
  5. Buta - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser - Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
  8. Kardiomiopati - Keterukan Tertentu
  9. Anemia Aplastik Kronik - Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
  10. Koma - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
  11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  12. Pekak - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  16. AIDS Dengan Gejala Penuh
  17. Hepatitis Viral Fulminan
  18. Serangan Jantung - Keterukan Tertentu
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang - Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Keupayaan Bertutur
  24. Trauma Kepala Major (Teruk) - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
  26. Penyakit Neuron Motor - Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
  27. Sklerosis Multipel
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan Anggota
  30. Penyakit Parkinson - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer - Keterukan Tertentu
  32. Penyakit Arteri Koronari Serius
  33. Strok/Angin Ahmar - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
  36. Kelecuran Tahap Ketiga - Keterukan Tertentu
Tujuan skim mySalam diwujudkan adalah untuk menangani kesulitan kewangan golongan B40 yang timbul akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang tidak diduga seperti yang dinyatakan di atas.

Sebanyak 143 hospital termasuk  institusi perubatan sebagai panel skim mySalam ini.

Talian Bantuan

Telefon : 1-300-88-8938
Email : mysalam@greateasterntakaful.com

Sumber : Laman sesawang B40, Utusan, Berita Harian, Malaysiakini dan Penulis sendiri

Takaful & Insurans Hayat

Industri insurans hayat mencatatkan pertumbuhan sederhana tahun lepas dari segi perlindungan kepada rakyat Malaysia kepada RM1.51 trilion nilai jaminan ke atas polisi, peningkatan sebanyak 9.6 peratus berbanding RM1.38 trilion pada 2017.

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berkata industri insurans hayat keseluruhan mencatatkan sejumlah 12.65 juta polisi manakala polisi kelompok meningkat 2.9 peratus pada 2018.

Mengenai prospek, Presiden LIAM Anusha Thavarajah berkata prospek industri insurans hayat kekal positif kerana peratusan penduduk dengan insurans hayat atau pelan takaful masih rendah iaitu pada tahap 54 peratus.

Kenyataan diatas menggambarkan pertumbuhan sederhana industri insurans hayat dan pelan takaful bagi tahun kewangan 2018.

Apakah penyebabkan industri insurans hayat dan pelan takaful masih rendah di Malaysia.

1.Kurangnya kesedaran masyarakat Malaysia terhadap pentingnya insurans hayat (Konvesional) dan pelan takaful (Shariah) terhadap diri sendiri dan keluarga.

2.Kebanyakkan masyarakat Malaysia mempunyai komitmen yang tinggi dalam Pembiayaan/pinjaman perumahan, pembiayaan kenderaan, Pembiayaan peribadi dan kemudahan asas yang lain dan menganggap mengambil insurans hayat dan pelan takaful  adalah lebihan daripada pendapatan bulanan (gaji/upah).

3.Dasar kerajaan yang memberikan kemudahan  insuran hayat dan pelan takaful melalui syarikat insuran Great Estern kepada penerima Bantuan Sara Hidup secara autaomatik bagi yang layak diberikan perlindungan insurans/takaful melalui mySalam yang diperkenalkan baru-baru ini.

4.Insurans hayat/pelan takaful adalah sebagai pilihan dan tidak wajib kepada masyarakat dan hanya yang mampu sahaja dapat mengambil polisi insurans atau takaful tersebut.

5.Caruman bulanan yang mahal dan komitmen bayaran bulanan menyukarkan masyarakat terutamanya golongan B40.

6.Kos sara hidup yang tinggi tidak seimbang dengan kenaikan gaji dan kenaikan harga insurans hayat /pelan takaful.

7.Perkhidmatan yang diberikan terhadap pencarum-pencarum insurans hayat/pelan takaful yang kurang mementingkan pelanggan terutama dalam tuntutan insuran/pelan takaful menyebabkan pencarum menghentikan caruman bulanan dan membatalkan polisi tersebut.

Langkah-langkah menggalakkan masayarakat Malaysia mengambil insuran hayat/pelan takaful

1.Promosi berterusan dari insitusi-institusi pengendali insurans hayat dan pelan takaful melalui ejen-ejen yang dilantik, media sosial, media massa, media elektronik, dan teknologi 5G membantu dalam meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia pentingnya insurans hayat Dan pelan takaful.

2.Memberikan tawaran harga mampu milik/beli menyumbang kepada pengambilan/pembelian insurans hayat dan pelan takaful dalam meningkatkan pencarum-pencarum.

3.Bantuan dan galakan dari pihak kerajaan amat diperlukan dalam menggalakkan masyarakat mengambil insurans hayat dan pelan takaful seperti pemberian subsidi.

4.Kenakan gaji yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta haruslah sesuai dengan ekonomi yang mencabar dalam pemilikan polisi insurans hayat dan pelan takaful.

5.Memberikan perkhidamtan yang terbaik kepada pencarum-pencarum adalah amat penting sekali dalam memastikan pencarum tersebut setia dan menggalakkan raka-rakan/ahli keluarga mereka mengambil insurans hayat dan pelan takaful.

Mengikut statistik yang diberikan di atas kadar penembusan yang rendah dan ramai lagi rakyat Malaysia belum mengambil insurans hayat dan pelan takaful memberikan peluang yang luas kepada industri ini terutamanya kawasan bandar dan luar bandar.

Disini suka saya bezakan diantara insuarans hayat dan pelan takaful. Insurans hayat melibatkan perniagaan dan perkhidmatan konvisional,  manakala pelan takaful melibatkan perniagaan Dan perkhidmatan patuh shariah biasanya diutamakan oleh masyarakat islam dalam pemilikan perlindungan.
Sumber: BERNAMA, Utusan Melayu dan Penulis sendiri sebagai Ejen Takaful


Apa itu Takaful

Takaful adalah salah satu konsep syariah yang di implementasikan dalam industri Insuran dan didefinisikan sebagai menjaga dan menjamin keperluan seseorang berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan persaudaraan sesama ahli ia ini sekumpulan individu/organisasi di dalam kumpulan tersebut saling menjamin diantara satu sama yang lain  sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan menimpa salah seorang daripada ahli mereka.

Ciri-ciri utama perlaksanaan opersai takaful:-

1. Saling menjamin

Peserta bersetuju saling menjamin dan melindungi diantara satu sama yang lain sebagai contoh sekiranya berlaku musibah atau kerosakan harta benda, mereka bersetuju untuk menggantikan kerugian yang dialami oleh peserta. 

2. Memegang amanah

Pengenadali takaful sebagai contoh di Malaysia Takaful Malaysia,  Takaful Ikhlas,  Takaful Etiqa dan seumpamanya memegang amanah yang diberikan oleh peserta melalui sumbangan bulanan (Takaful Keluarga) ataupun sumbangan tahunan (Takaful/Insuran Kenderaan/Rumah/Kilang/Pejabat dan seumpamanya).

3. Pembayaraan manfaat takaful

Sumbangan yang dibayar dikumpulkan dalam satu dana yang dipanggil  Kumpulan Wang Takaful sebagai bayaran manfaat takaful  kepada peserta atau penyumbang.

4. Pelaburan dana

Dana takaful dilaburkan di dalam mana-mana industri/Bahagian/Institusi/Oragnisasi yang menepati dan diluluskan syariah. Lazimnya setiap industri takaful mempunyai Majlis Syariah yang dianggotai oleh pakar agama dan ekonomi.

Konsep Takaful terbahagi kepada 4 perkara ia itu:-

1. Takaful

Saling menjamin diantara satu sama lain,  mengamalkan konsep perpaduan, tangunggungjawab bersama dan persaudaraan 

2. Tabarru 

Sejumlah derma ikhlas yang diberikan oleh ahli diatas perjanjian dan atas semangat berkerjasama dan saling membantu sesama ahli sekiranya ditimpa musibah.

3. Mudharabah

Satu konsep perkongsian keuntungan bersama diantara pengendali takaful dan peserta. Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebagai contoh 50/50 atau 40/60 , berdasarkan  modal,  keusahawanan, penyedia modal,  aktiviti perniagaan, tawaran dan penerimaan serta nisbah keuntungan.

4. Wakalah

Wakil atau agensi takaful yang menguruskan takaful 


Sumber : Nota Takaful dan penulis sendiri Ejen Takaful 

Keutamaan Takaful

Sebelum ini juga telah diterangkan makna dan konsep takaful dalam perniagaan (Takaful /Insuran), diruangan ini dilanjutkan berkenaan kelebihan-kelebihan takaful, sekiranya seseorang/ individu/ agama/ organisasi/ masyarakat dan negara.

Takaful diwujudkan bagi memenuhi keperluan konsep sistem Syariah, konsep syariah merangkumi keseluruhan undang-undang dan peraturan, termasuk dari segi aspek perundangan , perbankkan,  politik, perniagaan, keluarga,  masyarakat dan negara.

Berikut dikongsikan beberapa kelebihan takaful:-

  1. Memenuhi tanggungjawab sosial kepada keluarga, masyarakat dan negara
  2. Memberi bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukannya
  3. Menggalakkan semangat perpaduan dan saling tolong menolong diantara satu sama yang lain 
  4. Menegakkan syiar islam dalam konsep perniagaan 
  5. Menyahut konsep "Amar mahruf nahi mungkar" ia itu membawa kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
  6. Melaksanakan perintah Allah swt dan sebagai ibadah kepada-Nya
  7. Memajukan ekonomi berkonsepkan syariah 
  8. Sumbangan berbentuk kewangan dilaburkan di tempat-tempat patuh syariah.
  9. Konsep yang tidak menindas dan menguntungkan kedua-dua pihak (peserta dan pengendali takaful) 
Dapat disimpulkan disini bahawa konsep takaful adalah konsep yang terbaik dan telah mencorak ekonomi, perniagaan, perundangan serta diterima pakai oleh masyarakat dunia.

Sumber : Nota takaful dan penulis sendiri

Takaful Vs Insurans




Berikut dikongsikan perbezaan beberapa perkara berkenaan Takaful & Insuran/Insurance.
 

PERKARA
TAKAFUL
INSURAN/INSURANCE
Tujuan
Melibatkan hubungan kerohanian dan undang-undang
Melibatkan hubungan undang-undang sahaja
Formaliti/
Tatacara/Rasmi
Melibatkan kontrak 1 pihak
Melibatkan kontrak 2 pihak
Perakaunan/
Simpanan
Takaful Am : Akaun Tabbaru (derma)

Takaful Keluarga: Kaun peserta mengikut prinsip Mudharabah
Akaun Khas Peserta mengikut prinsip Tabbaru.
Insuran Am: Bayaran dikreditkan ke insuran Am

Insuran Hayat: Premium dikreditkan ke insuran hayat
Tujuan Utama
Mematuhi undang-undang/sistem syariah
Mematuhi keperluan undang-undang konvisional/lazim
Jaminan
Peserta saling menjamin diantara satu sama yang lain
Syarikat insuran yang memberi jaminan
Dana
Diuruskan oleh pengendali takaful dan bayaran perkhidmatan
Dana milik syarikat insuran dan terdapat pengasingan dana asset (dana pemegang saham dan pemegang polisi)
Bayaran Premium
Bayaran adalah derma (Tabbaru)
Tanggungjawab pemegang polisi diatas kontrak jual beli
Elemen Terlarang
Berdasarkan prinsip-prinsip islam (Halal)
Mempunyai unsur-unsur Riba, Maisir(Perjudian), Gharar(Tidak pasti)
Pegawasan Syariah
Akta Takaful 1984 : Mempunyai Majlis Pengawasan/pemantauan Syariah
Tiada
Keuntungan
Dikongsi bersama di antara pengendali takaful dan peserta
Ditentukan atas budi bicara syarikat insuran
Kontrak
Mudharabah & Tabbaru
Kontrak jual beli
Percukian
Cukai & Zakat
Cukai sahaja
Pelaburan dana
Dana asset dan dana takaful dilaburkan mengikut prinsip/konsep syariah
Mengikut dasar-dasardan polisi  syarikat sahaja

Takaful Vs Konvisional


Semoga perkongsian diatas dapat memberikan manfaat, rujukan dan maklumat yang diperlukan.

Sumber: Nota Takaful & Penulis sendiri Ejen Takaful

Produk Asas Takaful Am




Produk Asas Takaful Am

1.Takaful Kebakaran
2.Takaful Motor
3.Takaful Kemalangan Pelbagai

Tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 di bawah kuasa Kementerian Pengangkutan Malaysia (Negara Malaysia sahaja) yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menyediakan perlindungan dari kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan milik peserta disebabkan kebakaran kerana kemalangan, kecurian atau kemalangan, dan / atau kecederaan atau kematian pihak ketiga serta kerosakan dan kerugian harta pihak ketiga.

Dibawah akta ini mengkehendaki semua kenderaan bermotor mestilah diinsurankan sebelum digunakan di atas jalan raya awam. Kegagalan kenderaan diinsurankan akan menyebabkan membuat kesalahan dan boleh didenda/saman sekiranya didapati oleh pihak berkuasa semasa membuat pemeriksaan kenderaan di atas jalan raya serta sekiranya berlaku kemalangan kenderaan tersebut tidak mempunyai perlindungan terhadap pemandu, penumpang dan kenderaan.

Didalam Takaful Am kategori kenderaan terbahagi kepada 3 ia itu:

1.Kenderaan Persendirian

Termasuklah kereta roda tiga dan stationwagon yang digunakan bagi tujuan sosial, domestik dan keseronokan dan juga bagi tujuan perniagaan atau kerjaya profesional peserta/pembayar takaful perlindungan kenderaan sahaja.

2.Kenderaan Perdagangan

Perniagaan motor (risiko jalan raya), Kenderaan membawa barangan dagangan, Kereta sewa (teksi awam), Kereta sewa – sewa pandu / sewa dengan pemandu, Bas Kenderaan khas

3.Motosikal

Motosikal persendirian, Motosikal perdagangan, Motosikal (dengan atau tanpa kereta sisi) untuk disewa, Perniagaan motosikal

Jenis Perlindungan 

1.Perlindungan Komprehensif

Menyediakan perlindungan terhadap kematian, kecederaan anggota badan dan kerugian/ kerosakan harta pihak ketiga; kehilangan atau kerosakan milik peserta disebabkan kebakaran kerana kemalangan , kecurian atau kemalangan.

Melindungi semua yang terdapat dalam pelan perlindungan pihak ketiga, ditambah dengan indemniti kerugian atau kerosakan kenderaan atau alat ganti milik peserta.
Melindungi pemandu , penumpang dan kenderaan keseluruhannya.

2.Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Bentuk perlindungan ini menyediakan perlindungan kecederaan anggota badan pihak ketiga, kerosakan harta pihak ketiga dan perlindungan dari kerugian atau kerosakan kenderaan disebabkan kebakaran atau kecurian.

3.Perlindungan Pihak Ketiga

Sama seperti perlindungan akta, dan ditambah dengan, Perlindungan liabiliti undang-undang terhadap kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga disebabkan atau akibat dari penggunaan kenderaan bermotor milik peserta di atas jalan raya.

Indemniti kepada peserta atau pemandu yang dibenarkan. Indemniti atas liabiliti kerosakan harta milik pihak ketiga akibat dari penggunaan kenderaan bermotor yang dilindungi.

4.Akta Sahaja

Perlindungan terhadap kematian, kecederaan anggota badan dan / atau kerosakan harta pihak ketiga.
Amaun perlindungan di dalam sijil menggambarkan nilai pasaran kenderaan (Market Value) berkenaan. Sekiranya amaun perlindungan lebih rendah dari nilai pasaran, fasal purata akan digunakan sekiranya berlaku tuntutan.

Salah satu faktor mempengaruhi harga Takaful Am kenderaan ialah Non Claim Discount (NCD).
Suatu insentif kepada peserta kerana tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perlindungan. Sekiranya tiada tuntutan, peserta layak menuntut ‘diskaun tanpa tuntutan ketika memperbaharui sijil.

NCD boleh dipindahkan ke pengendali Takaful/penanggung insurans lain atau ke kenderaan lain yang dimiliki oleh peserta yang sama.


Sumber: Nota Takaful & Penulis sendiri Ejen Takaful

Apa Itu Takaful


Takaful adalah salah satu konsep syariah yang di implementasikan dalam industri Insuran dan didefinisikan sebagai menjaga dan menjamin keperluan seseorang berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan persaudaraan sesama ahli ia ini sekumpulan individu/organisasi di dalam kumpulan tersebut saling menjamin diantara satu sama yang lain  sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan menimpa salah seorang daripada ahli mereka.

Ciri-ciri utama perlaksanaan opersai takaful:-

1. Saling menjamin

Peserta bersetuju saling menjamin dan melindungi diantara satu sama yang lain sebagai contoh sekiranya berlaku musibah atau kerosakan harta benda, mereka bersetuju untuk menggantikan kerugian yang dialami oleh peserta. 

2. Memegang amanah

Pengenadali takaful sebagai contoh di Malaysia Takaful Malaysia,  Takaful Ikhlas,  Takaful Etiqa dan seumpamanya memegang amanah yang diberikan oleh peserta melalui sumbangan bulanan (Takaful Keluarga) ataupun sumbangan tahunan (Takaful/Insuran Kenderaan/Rumah/Kilang/Pejabat dan seumpamanya).

3. Pembayaraan manfaat takaful

Sumbangan yang dibayar dikumpulkan dalam satu dana yang dipanggil  Kumpulan Wang Takaful sebagai bayaran manfaat takaful  kepada peserta atau penyumbang.

4. Pelaburan dana

Dana takaful dilaburkan di dalam mana-mana industri/Bahagian/Institusi/Oragnisasi yang menepati dan diluluskan syariah. Lazimnya setiap industri takaful mempunyai Majlis Syariah yang dianggotai oleh pakar agama dan ekonomi.

Konsep Takaful terbahagi kepada 4 perkara ia itu:-

1. Takaful

Saling menjamin diantara satu sama lain,  mengamalkan konsep perpaduan, tangunggungjawab bersama dan persaudaraan 

2. Tabarru 

Sejumlah derma ikhlas yang diberikan oleh ahli diatas perjanjian dan atas semangat berkerjasama dan saling membantu sesama ahli sekiranya ditimpa musibah.

3. Mudharabah

Satu konsep perkongsian keuntungan bersama diantara pengendali takaful dan peserta. Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebagai contoh 50/50 atau 40/60 , berdasarkan  modal,  keusahawanan, penyedia modal,  aktiviti perniagaan, tawaran dan penerimaan serta nisbah keuntungan.

4. Wakalah

Wakil atau agensi takaful yang menguruskan takaful 


Sumber : Nota Takaful dan penulis sendiri Ejen Takaful