Takaful
adalah salah satu konsep syariah yang di implementasikan dalam industri
Insuran dan didefinisikan sebagai menjaga dan menjamin keperluan
seseorang berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan persaudaraan
sesama ahli ia ini sekumpulan individu/organisasi di dalam kumpulan
tersebut saling menjamin diantara satu sama yang lain sekiranya berlaku
kerugian atau kerosakan menimpa salah seorang daripada ahli mereka.
Ciri-ciri utama perlaksanaan opersai takaful:-
1. Saling menjamin
Peserta
bersetuju saling menjamin dan melindungi diantara satu sama yang lain
sebagai contoh sekiranya berlaku musibah atau kerosakan harta benda,
mereka bersetuju untuk menggantikan kerugian yang dialami oleh peserta.
2. Memegang amanah
Pengenadali
takaful sebagai contoh di Malaysia Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas,
Takaful Etiqa dan seumpamanya memegang amanah yang diberikan oleh
peserta melalui sumbangan bulanan (Takaful Keluarga) ataupun sumbangan
tahunan (Takaful/Insuran Kenderaan/Rumah/Kilang/Pejabat dan
seumpamanya).
3. Pembayaraan manfaat takaful
Sumbangan
yang dibayar dikumpulkan dalam satu dana yang dipanggil Kumpulan Wang
Takaful sebagai bayaran manfaat takaful kepada peserta atau penyumbang.
4. Pelaburan dana
Dana
takaful dilaburkan di dalam mana-mana
industri/Bahagian/Institusi/Oragnisasi yang menepati dan diluluskan
syariah. Lazimnya setiap industri takaful mempunyai Majlis Syariah yang
dianggotai oleh pakar agama dan ekonomi.
Konsep Takaful terbahagi kepada 4 perkara ia itu:-
1. Takaful
Saling menjamin diantara satu sama lain, mengamalkan konsep perpaduan, tangunggungjawab bersama dan persaudaraan
2. Tabarru
Sejumlah
derma ikhlas yang diberikan oleh ahli diatas perjanjian dan atas
semangat berkerjasama dan saling membantu sesama ahli sekiranya ditimpa
musibah.
3. Mudharabah
Satu
konsep perkongsian keuntungan bersama diantara pengendali takaful dan
peserta. Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui oleh
kedua-dua pihak sebagai contoh 50/50 atau 40/60 , berdasarkan modal,
keusahawanan, penyedia modal, aktiviti perniagaan, tawaran dan
penerimaan serta nisbah keuntungan.
4. Wakalah
Wakil atau agensi takaful yang menguruskan takaful
Sumber : Nota Takaful dan penulis sendiri Ejen Takaful
Post a Comment