Produk Asas Takaful Am




Produk Asas Takaful Am

1.Takaful Kebakaran
2.Takaful Motor
3.Takaful Kemalangan Pelbagai

Tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 di bawah kuasa Kementerian Pengangkutan Malaysia (Negara Malaysia sahaja) yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menyediakan perlindungan dari kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan milik peserta disebabkan kebakaran kerana kemalangan, kecurian atau kemalangan, dan / atau kecederaan atau kematian pihak ketiga serta kerosakan dan kerugian harta pihak ketiga.

Dibawah akta ini mengkehendaki semua kenderaan bermotor mestilah diinsurankan sebelum digunakan di atas jalan raya awam. Kegagalan kenderaan diinsurankan akan menyebabkan membuat kesalahan dan boleh didenda/saman sekiranya didapati oleh pihak berkuasa semasa membuat pemeriksaan kenderaan di atas jalan raya serta sekiranya berlaku kemalangan kenderaan tersebut tidak mempunyai perlindungan terhadap pemandu, penumpang dan kenderaan.

Didalam Takaful Am kategori kenderaan terbahagi kepada 3 ia itu:

1.Kenderaan Persendirian

Termasuklah kereta roda tiga dan stationwagon yang digunakan bagi tujuan sosial, domestik dan keseronokan dan juga bagi tujuan perniagaan atau kerjaya profesional peserta/pembayar takaful perlindungan kenderaan sahaja.

2.Kenderaan Perdagangan

Perniagaan motor (risiko jalan raya), Kenderaan membawa barangan dagangan, Kereta sewa (teksi awam), Kereta sewa – sewa pandu / sewa dengan pemandu, Bas Kenderaan khas

3.Motosikal

Motosikal persendirian, Motosikal perdagangan, Motosikal (dengan atau tanpa kereta sisi) untuk disewa, Perniagaan motosikal

Jenis Perlindungan 

1.Perlindungan Komprehensif

Menyediakan perlindungan terhadap kematian, kecederaan anggota badan dan kerugian/ kerosakan harta pihak ketiga; kehilangan atau kerosakan milik peserta disebabkan kebakaran kerana kemalangan , kecurian atau kemalangan.

Melindungi semua yang terdapat dalam pelan perlindungan pihak ketiga, ditambah dengan indemniti kerugian atau kerosakan kenderaan atau alat ganti milik peserta.
Melindungi pemandu , penumpang dan kenderaan keseluruhannya.

2.Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Bentuk perlindungan ini menyediakan perlindungan kecederaan anggota badan pihak ketiga, kerosakan harta pihak ketiga dan perlindungan dari kerugian atau kerosakan kenderaan disebabkan kebakaran atau kecurian.

3.Perlindungan Pihak Ketiga

Sama seperti perlindungan akta, dan ditambah dengan, Perlindungan liabiliti undang-undang terhadap kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga disebabkan atau akibat dari penggunaan kenderaan bermotor milik peserta di atas jalan raya.

Indemniti kepada peserta atau pemandu yang dibenarkan. Indemniti atas liabiliti kerosakan harta milik pihak ketiga akibat dari penggunaan kenderaan bermotor yang dilindungi.

4.Akta Sahaja

Perlindungan terhadap kematian, kecederaan anggota badan dan / atau kerosakan harta pihak ketiga.
Amaun perlindungan di dalam sijil menggambarkan nilai pasaran kenderaan (Market Value) berkenaan. Sekiranya amaun perlindungan lebih rendah dari nilai pasaran, fasal purata akan digunakan sekiranya berlaku tuntutan.

Salah satu faktor mempengaruhi harga Takaful Am kenderaan ialah Non Claim Discount (NCD).
Suatu insentif kepada peserta kerana tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perlindungan. Sekiranya tiada tuntutan, peserta layak menuntut ‘diskaun tanpa tuntutan ketika memperbaharui sijil.

NCD boleh dipindahkan ke pengendali Takaful/penanggung insurans lain atau ke kenderaan lain yang dimiliki oleh peserta yang sama.


Sumber: Nota Takaful & Penulis sendiri Ejen Takaful

Post a Comment