Langkah
membangun, memperkenalkan dan seterusnya melancarkan aplikasi
cALLme pada hari ini 15 Mac 2019 oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia Berhad (Angkasa) bersama Pertubuhan Pemandu, Pengusaha Teksi/Limosin
dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) patut diberi pujian atas usaha menggalakkan
persaingan sihat dan memberikan perkhidmatan terbaik buat semua pelanggan.
Aplikasi
e-hailing, cALLme yang berperanan mempromosi, mengiklan dan memperkenalkan
perkhidmatan melibatkan pemandu teksi kepada masyarakat.
cALLme
aplikasi yang akan memberikan saingan dan pilihan kepada pelanggan memilih
perkhidmatan mana yang terbaik dan memberikan saingan terhadap
Grab, MyCar, Dacse dan sistem e-hailing yang lain.
Menteri
Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook secara rasmi merasmikan majlis perasmian
pelancaran aplikasi cAALme berkata, cALLme yang merupakan inisiatif
bersama Koperasi Pemandu dan Pengusaha Teksi Limusin dan Kereta Sewa Selangor
Berhad (Kopetekma) membantu pemandu teksi khususnya di kawasan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersaing dengan perkhidmatan e-hailing yang
lain atau sedia ada.
Pendekatan
lebih moden ini dilihat mampu menjamin kebajikan pemandu teksi dan merupakan
satu hala tuju yang betul.
Aplikasi
ini juga berupaya mengharmonikan industri e-hailing dan meningkatkan daya saing
dalam kalangan pemandu teksi seiring dengan Revolusi Perindustrian Keempat
(Industri 4.0) yang bakal menjana pertumbuhan ekonomi ke arah pendigitalan yang
holistik sekali gus meningkatkan produktiviti.
Aaplikasi
e-hailing cALLme dijangka memberi impak positif kepada koperasi yang
berteraskan fungsi pengangkutan selain meningkatkan perkhidmatan industri teksi
dan kereta sewa koperasi sedia ada.
Selain
itu juga aplikasi ini dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi dan membantu
pemandu-pemandu teksi meneruskan perkhidmatan dan kelangsungan pendapatan
mereka.
Sumber
: Utusan Online dan Penulis sendiri.
Post a Comment