Proton
Holdings Berhad (Proton) mencatatkan pendaftaran sebanyak 6,145 buah
kenderaan pada suku pertama tahun 2019 (Mac 2019) dengan pegangan
pasaran sebanyak 11 peratus meningkat 2.6 peratus berbanding tempoh sama
tahun lalu
Kenderaan
utiliti sukan (SUV) pertama Proton, X70 telah berjaya mencatatkan angka
pendaftaran yang memberangsangkan sebanyak 2,979 buah kenderaan telah
didaftarkan pada Mac 2019.
Sejak
X70 dilancarkan pada januari 2019, modal ini telah menarik perhatian
masyarakat Malaysia terutamanya kepada mereka yang ingin membeli
kenderaan bagi tujuan kemudahan Dan keperluan harian kerana mempunyai
ciri - ciri yang menarik.
Model
X70 muncul sebagai SUV terlaris untuk Mac dan secara kumulatif
merupakan SUV paling popular untuk tiga bulan pertama januari -mac tahun
ini.
Jumlah
yang direkodkan bagi Mac merupakan angka paling banyak yang pernah
dicatatkan dalam industri automotif tempatan bagi segmen SUV dalam masa
sebulan. Pada masa sama, lebih 25,000 tempahan telah diterima menjadikan
X70 sebagai model Proton paling popular untuk tahun 2019.
Proton mencatatkan sebagai pendahulu keseluruhan jualan kenderaan berbanding jenama pesaing - pesaingnya bagi suku pertama tahun 2019.
Proton mencatatkan sebagai pendahulu keseluruhan jualan kenderaan berbanding jenama pesaing - pesaingnya bagi suku pertama tahun 2019.
Sumber : Utusan online dan Penulis sendiri
Post a Comment