The Most/Recent Articles

Showing posts with label Automotif. Show all posts
Showing posts with label Automotif. Show all posts

Myvi Genarasi ke 3 2017/2018/2019


Diantara faktor – faktor kenderaan Perodua Myvi Generasi ke 3 (Myvi Gen-3) mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pembeli/pengguna kenderaan di Malaysia:-

1. Rekabentuk Cita Rasa Tempatan

Rekabentuknya disesuaikan dengan cita rasa tempatan, dinamik dan bergaya menarik minat pembeli/pengguna untuk membeli Myvi Gen – 3, seakan-akan bentuk Toyota Corolla IM dan seiras Honda Jazz tetapi berbeza.

Ciri-ciri rekabentuk yang menarik, seolah-olah pemiliknya mempunyai standard tersendiri, menyebabkan semua golongan berkeupayan sehingga golangan pelajar menyukainya dan kita tidak dapat menjangkakan siapa pemilik kenderaan tersebut.

2. Praktikal

Myvi Gen-3 mempunyai ruang di dalam yang praktikal dan luas mewujudkan keselesaan kepada pembeli/pengguna dan penumpang, buktinya wheelbase atau jarak roda lebih panjang.

3. Mudah Dipandu

Kenderaan Myvi Gen-3 menyediakan pemanduan secara manual dan automatik, terpulang kepada pemandu untuk memilih yang mana kesesuian dan keselesaan bagi mereka, bagi mereka yang tinggal di bandar disarankan memilih automatik kerana suasana trafic jam, manakala dikampung amat sesuai manual.

4. Harga Kos Pemilikan

Harga kos pemilikan penyumbang utama kepada kuasa beli pengguna untuk membeli Myvi Gen-3,

Harga Myvi berdasarkan Variant Selection:-

    1. Myvi 1.3L G – Manual
       2. Myvi 1.3L G – Automatik
       3. Myvi 1.3L X – Automatik
       4. Myvi 1.5L H – Automatik
       5. Myvi 1.5L AV– Automatik

Harga paling minum tidak termasuk insuran kenderaan adalah:-

Myvi 1.3L G - Manual
Solid (RM)
Metallic (RM)
Peninsular
42,790.00
42,790.00
East Malaysia ( Sabah )
44,790.00
44,790.00
East Malaysia ( Sarawak )
44,790.00
44,790.00
Labuan
40,693.21
40,693.21
Langkawi
39,343.21
39,343.21

Harga paling maximum tidak termasuk insuran kenderaan adalah:-

Myvi 1.5L AV - Automatic
Solid (RM)
Metallic (RM)
Peninsular
54,090.00
54,090.00
East Malaysia ( Sabah )
56,090.00
56,090.00
East Malaysia ( Sarawak )
56,090.00
56,090.00
Labuan
51,711.33
51,711.33
Langkawi
50,361.33
50,361.33

5. Kos Penyelenggaraan Yang Rendah

Seperti yang kita maklum bahawa Malaysia adalah Negara pengeluar kenderaan Perodua dan pastinya kenderaan yang dibuat juga menempatkan ciri - ciri kos penyelenggaraan yang rendah seperti perkhidmatan service enjin, spare part yang murah dan mudah didapati di bengkel - bengkel kenderaan.

6. Ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat pada kenderaan mewah.

Myvi Gen-3 mempunyai ciri-ciri kenderaan mewah , rekabentuknya dinamik dan unik  menggambarkan kemewahan tersebut.


7. Enjin 

Enjin Myvi Gen-3 ini dibangunkan oleh Perodua di kilang Daihatsu Perodua Engine Manufacturing (DPEM)  di Sendayan , Negeri Sembilan, Malaysia.

Enjin tersebut juga jimat minyak.

Bukti Perodua Myvi Gen-3 mendapat permintaan yang tinggi apabila Pengarah Utusan Perodua Sales Dr.  Zahari Husin berkata, sejak pelancaran Myvi Generasi ke 3 pada 2017, lebih daripada 100,000 buah telah diserahkan kepada pengguna yang dihargai.


Sumber: web. Perodua, Utusan Melayu  dan penulis sendiri 

Honda Jazz Mugen & BR-V Edisi Terhad 2019


HONDA The Power of Dreams, impian menjadi kenyataan melalui Honda Malaysia telah mengeluarkan Jazz Mugen dan BR-V edisi terhad dengan pegeluaran unit  sebanyak 300 buah sahaja.
Diantara ciri-ciri Jazz Mugen edisi terhad :-

CIRI-CIRI
JAZZ MUGEN
Harga Pasaran (seunit) Tidak Termasuk Insurans
RM88,600 - RM88,720
Jenis Warna yang terdapat
Modern Steel Metallic & White Orchid Pearl
Kit Badan
dilengkapi dengan kit badan Mugen bagi menyerlahkan gayanya yang sporty, Kit badan Mugen merupakan ciri tambahan baharu bersama spoiler sisi, belakang dan tailgate bagi meningkatkan wajah Jazz yang lasak
Rekaan
Luaran tampil lebih segar dengan bampar depan aero baharu
Lampu
Lampu kabus hadapan diod pemancar cahaya (LED)
Gril & Tailgate
Gril hadapan sport dan kemasan pada tailgate
Enjin
1.5L i- VTEC
Transmisi
Transmisi berubah-ubah berterusan (CVT)
Bentuk Badan
Hatchback
Sistem Keselamatan
Enam beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Daki (HSA), sistem brek antikekunci (ABS) dan ISO Fix.

Diantara ciri-ciri BR-V edisi terhad :-

Didatangkan dengan 2 warna ia itu Passion Red Pearl  & White Orchid Pearl

Berharga diantara RM 90,700 dan R M91,000 tidak termasuk insuran, diikuasakan dengan enjin 1.5L i-VTEC bersama CVT, tempat duduk yang boleh dilaraskan serta ketinggian dari paras  tanah yang sesuai.

Sumber: Utusan Online

Proton X70 Model Paling Popular

Proton Holdings Berhad (Proton) mencatatkan pendaftaran sebanyak 6,145 buah kenderaan pada suku pertama tahun 2019 (Mac 2019) dengan pegangan pasaran sebanyak 11 peratus meningkat 2.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu

Kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, X70 telah berjaya mencatatkan angka pendaftaran yang memberangsangkan sebanyak 2,979 buah kenderaan telah didaftarkan pada Mac 2019.

Sejak X70 dilancarkan pada januari 2019, modal  ini telah menarik perhatian masyarakat Malaysia terutamanya kepada mereka yang ingin membeli kenderaan bagi tujuan kemudahan Dan keperluan harian kerana mempunyai ciri - ciri yang menarik.

Model X70  muncul sebagai SUV terlaris untuk Mac dan secara kumulatif merupakan SUV paling popular untuk tiga bulan pertama januari -mac tahun ini.

Jumlah yang direkodkan bagi Mac merupakan angka paling banyak yang pernah dicatatkan dalam industri automotif tempatan bagi segmen SUV dalam masa sebulan. Pada masa sama, lebih 25,000 tempahan telah diterima menjadikan X70 sebagai model Proton paling popular untuk tahun 2019.

Proton mencatatkan sebagai pendahulu keseluruhan jualan kenderaan berbanding jenama pesaing - pesaingnya bagi suku pertama tahun 2019.



Sumber : Utusan online dan Penulis sendiri 


Malaysia Autoshow 2019

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM20,000 dan pelbagai tawaran eksklusif lain kepada pengunjung Malaysia Autoshow 2019 yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula 11 hingga 14 April ini.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd. Datuk Dr. Zahari Husin berkata, pengunjung yang menempah Myvi, Axia, Bezza atau Alza pada acara tersebut akan menikmati rebat khas sebanyak RM500.

Pengujung juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM20,000 atau pelbagai peranti elektronik serta promosi ‘3 Hassle Free Bonus’ semasa pendaftaran kenderaan baharu, sepanjang empat hari acara itu berlangsung

Promosi ‘3 Hassle Free Bonus’ merangkumi :-

  1. Perlindungan Aset Dijamin selama tiga tahun dan
  2. Perlindungan Kemalangan Peribadi selama tiga tahun semasa pembaharuan insurans dan/atau
  3. Servis serta baucar RM300 yang boleh digunakan untuk sebarang pembelian dan perkhidmatan di pusat servis Perodua.
Inilah masa dan tempat yang terbaik untuk menjadi pelanggan Perodua dengan tawaran menarik untuk produk dan perkhidmatan Perodua yang hanya boleh didapati di Malaysia Autoshow 2019.

Pakej pelincir terpilih boleh didapati pada diskaun sehingga 15 peratus dan aksesori terpilih sehingga 10 peratus. Koleksi GearUp yang penuh bergaya turut ditawarkan pada diskaun 10 peratus.

Pengunjung yang membelanjakan RM150 dan ke atas untuk pembelian barangan selepas jualan akan membawa pulang botol air Perodua manakala mereka yang membelanjakan RM150 dan ke atas untuk membeli e-baucar akan mendapat payung Perodua, sementara stok masih ada.

Pengunjung yang membeli atau menempah kit badan atau pakej GearUp akan mendapat e-baucar semasa pendaftaran kenderaan baharu mereka yang ditempah pada acara ini bernilai:-
  1. RM150 untuk Myvi dan Alza, 
  2. RM200 untuk Axia dan 
  3. RM300 untuk Bezza. 
E-baucar ini boleh digunakan untuk sebarang pembelian dan perkhidmatan di pusat servis Perodua.

Kenderaan konsep Perodua yang dipertontonkan pada Pertunjukan Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) iaitu X-Concept dan Myvi GT akan turut dipamerkan di Malaysia Autoshow 2019.

Perodua juga akan membawa Kenderaan Pra-Milik Sah bagi mereka yang mahukan ketenangan minda menyeluruh semasa membeli kenderaan terpakai Perodua.

Pengunjung boleh merasai sendiri teknologi Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) yang terdapat pada Myvi dan Aruz bagi memahami bagaimana ia berfungsi untuk mengelakkan pelanggaran dan situasi yang tidak diingini.

Sumber : Utusan Online

Bezza Edisi Terhad 2019

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menawarkan 50 buah Bezza edisi terhad yang berharga RM44,890 sebuah tidak termasuk insurans sempena Malaysian Autoshow 2019 anjuran Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), pameran kenderaan terbesar ASEAN yang bermula 11 April 2019 hingga 14 April 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang, Malaysia

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, Bezza edisi terhad hanya boleh ditempah semasa Malaysia Autoshow 2019 berlangsung dan tidak terdapat di bilik-bilik pameran Perodua.

Bezza edisi terhad tampil dengan:-
  1. Warna luaran Ivory White dan
  2. Kit badan GearUp kemasan hitam matte yang dikelilingi jalur merah serta
  3. Spoiler belakang berwarna hitam matte.
Model ini juga didatangkan dengan:-
  1. Bumbung berwarna hitam matte dan
  2. Rim aloi kelabu gelap, cermin sisi berwarna merah dan
  3. Pelekat corak geometri pada bahagian bonet dan sisi.

Bahagian dalaman Bezza edisi terhad lebih bergaya dengan penambahan sarung tempat duduk GearUp dengan kemasan jahitan merah, corong udara berwarna merah dan karpet koil GearUp.


Sumber : Utusan online

Proton Iriz vs Proton Persona

Proton Holdings Berhad (Proton) pada 25 April 2019 hari ini  me­lancarkan model hatchback dan sedan keluarga segmen B iaitu Proton Iriz dan Persona yang menampilkan pelbagai pembaharuan termasuk penambahbaikan pada lebih 300 bahagian serta dilengkapi ciri-ciri pintar.
Proton Iriz 
Harga semenanjung RM36,700 sehingga RM50,700 sebuah/seunit tanpa insurans.

Harga Sabah dan Sarawak  RM38,700 sehingga RM52,700 sebuah/seunit tanpa insurans.
Varian tersedia 
  1. Standard 1.3L MT 
  2. Standard 1.3L CVT
  3. Executive 1.3L CVT
  4. Executive 1.6L CVT 
  5. Premium 1.6L CVT
Proton Persona

Harga semenanjung RM42,600 sehingga RM54,600 sebuah/seunit tanpa insurans.

Harga Sabah dan Sarawak RM44,600 hingga RM56,600 sebuah/seunit tanpa insurans.

Varian tersedia 
  1. Standard 1.6L MT 
  2. Standard 1.6L CVT
  3. Executive 1.6L CVT
  4. Premium 1.6L CVT
Lima (5) Pakej menarik turut ditawarkan kepada pembeli antaranya:-

  1. Cukai jalan percuma selama dua (2) tahun bagi kereta-kereta yang ditempah sebelum pelancaran dan bagi 1,000 kenderaan pertama yang didaftarkan. 
  2. Data internet percuma untuk lima (5) tahun dan
  3. Kadar pinjaman yang rendah bermula daripada 2.93 peratus.
  4. Caj pekerja percuma bagi tiga temu janji servis berjadual sehingga 20,000 kilometer. 
  5. Pakej Perlin­dungan Insurans pula melibatkan penepian kos pembaikan; perlindungan nilai yang dipersetujui, Key Care, semua pemandu dan kemalangan diri serta elaun banjir,” katanya di sini malam tadi.
Ciri - Ciri Proton Iriz dan Persona 2019
Ke­dua-dua model Iriz dan Persona terdapat perubahan luaran pada Iriz lebih ketara kerana model itu dilengkapi dengan gambaran baharu syarikat iaitu gril hadapan yang mula diperkenalkan pada Proton X70.
Katanya, model itu juga mene­rima peningkatan pada bampar hadapan dan belakang baharu, hiasan belakang berwarna hitam, reka bentuk roda aloi baharu serta antena sirip yu yang membuatkan Iriz lebih menonjol.
Reka bentuk pada Persona 2019 tidak begitu ketara tetapi tetap menampilkan corak Ethereal Bow dan Infinite Weave. Turut dipadankan pada model sedan keluarga ini adalah spoiler baharu pada but, reka bentuk bampar hadapan dan belakang baharu dan reka bentuk roda aloi yang lebih menarik.

Baca juga : Proton Iriz 2019

Baca juga : Proton Persona 2019


Sumber : Utusan online dan Penulis sendiri