Perusahaan
Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menawarkan hadiah wang tunai
sehingga RM20,000 dan pelbagai tawaran eksklusif lain kepada pengunjung
Malaysia Autoshow 2019 yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian
Malaysia Serdang (MAEPS) bermula 11 hingga 14 April ini.
Pengarah
Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd. Datuk Dr. Zahari Husin berkata,
pengunjung yang menempah Myvi, Axia, Bezza atau Alza pada acara tersebut
akan menikmati rebat khas sebanyak RM500.
Pengujung
juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM20,000 atau
pelbagai peranti elektronik serta promosi ‘3 Hassle Free Bonus’ semasa
pendaftaran kenderaan baharu, sepanjang empat hari acara itu berlangsung
Promosi ‘3 Hassle Free Bonus’ merangkumi :-
- Perlindungan Aset Dijamin selama tiga tahun dan
- Perlindungan Kemalangan Peribadi selama tiga tahun semasa pembaharuan insurans dan/atau
- Servis serta baucar RM300 yang boleh digunakan untuk sebarang pembelian dan perkhidmatan di pusat servis Perodua.
Inilah
masa dan tempat yang terbaik untuk menjadi pelanggan Perodua dengan
tawaran menarik untuk produk dan perkhidmatan Perodua yang hanya boleh
didapati di Malaysia Autoshow 2019.
Pakej
pelincir terpilih boleh didapati pada diskaun sehingga 15 peratus dan
aksesori terpilih sehingga 10 peratus. Koleksi GearUp yang penuh bergaya
turut ditawarkan pada diskaun 10 peratus.
Pengunjung
yang membelanjakan RM150 dan ke atas untuk pembelian barangan selepas
jualan akan membawa pulang botol air Perodua manakala mereka yang
membelanjakan RM150 dan ke atas untuk membeli e-baucar akan mendapat
payung Perodua, sementara stok masih ada.
Pengunjung
yang membeli atau menempah kit badan atau pakej GearUp akan mendapat
e-baucar semasa pendaftaran kenderaan baharu mereka yang ditempah pada
acara ini bernilai:-
- RM150 untuk Myvi dan Alza,
- RM200 untuk Axia dan
- RM300 untuk Bezza.
Kenderaan
konsep Perodua yang dipertontonkan pada Pertunjukan Motor Antarabangsa
Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) iaitu X-Concept dan Myvi GT akan turut
dipamerkan di Malaysia Autoshow 2019.
Perodua
juga akan membawa Kenderaan Pra-Milik Sah bagi mereka yang mahukan
ketenangan minda menyeluruh semasa membeli kenderaan terpakai Perodua.
Pengunjung
boleh merasai sendiri teknologi Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) yang
terdapat pada Myvi dan Aruz bagi memahami bagaimana ia berfungsi untuk
mengelakkan pelanggaran dan situasi yang tidak diingini.
Sumber : Utusan Online
Sumber : Utusan Online
Post a Comment