Lima (5) Pakej menarik turut ditawarkan kepada pembeli antaranya:-

  1. Cukai jalan percuma selama dua (2) tahun bagi kereta-kereta yang ditempah sebelum pelancaran dan bagi 1,000 kenderaan pertama yang didaftarkan. 
  2. Data internet percuma untuk lima (5) tahun dan
  3. Kadar pinjaman yang rendah bermula daripada 2.93 peratus.
  4. Caj pekerja percuma bagi tiga temu janji servis berjadual sehingga 20,000 kilometer. 
  5. Pakej Perlin­dungan Insurans pula melibatkan penepian kos pembaikan; perlindungan nilai yang dipersetujui, Key Care, semua pemandu dan kemalangan diri serta elaun banjir,” katanya di sini malam tadi.
Ciri - Ciri Proton Iriz dan Persona 2019
Ke­dua-dua model Iriz dan Persona terdapat perubahan luaran pada Iriz lebih ketara kerana model itu dilengkapi dengan gambaran baharu syarikat iaitu gril hadapan yang mula diperkenalkan pada Proton X70.
Katanya, model itu juga mene­rima peningkatan pada bampar hadapan dan belakang baharu, hiasan belakang berwarna hitam, reka bentuk roda aloi baharu serta antena sirip yu yang membuatkan Iriz lebih menonjol.
Reka bentuk pada Persona 2019 tidak begitu ketara tetapi tetap menampilkan corak Ethereal Bow dan Infinite Weave. Turut dipadankan pada model sedan keluarga ini adalah spoiler baharu pada but, reka bentuk bampar hadapan dan belakang baharu dan reka bentuk roda aloi yang lebih menarik.

Baca juga : Proton Iriz 2019

Baca juga : Proton Persona 2019


Sumber : Utusan online dan Penulis sendiri