Aplikasi Grab Pengesahan Penumpang




Syarikat e-hailing, Grab Malaysia yang bekerjasama erat dengan Kementerian Pengangkutan, hari ini mengumumkan mekanisma unik ‘Pengesahan Penumpang’ yang akan membolehkan pengguna mengesahkan identiti mereka menerusi aplikasi Grab menggunakan pilihan swafoto  secara 'live’.

Usaha ini sudah pastinya disokong oleh kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya pemandu Grab itu sendiri, ini kerana melibatkan aspek keselamatan pemandu Grab itu sendiri, secara langsung memberikan kepercayaan dan keselamatan kepada penguna perkhidmatan tersebut. 

Ini merupakan sebahagian daripada komitmen keselamatan jangka masa panjang Grab bagi meletakkan standard tinggi terhadap aspek keselamatan pengangkutan, di samping mencegah kejadian yang tidak diingini daripada berlaku menerusi inovasi teknologi.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata Malaysia sedang menerajui aspek keselamatan dalam perkhidmatan pengangkutannya dalam pelbagai cara, termasuk bekerjasama menerusi kolaborasi awam-swasta.

Menerusi kolaborasi ini Kementerian Pengangkutan bekerjasama dengan Grab untuk mencari cara yang inovatif bagi memanfaat teknologi untuk kebaikan sosial dan manusia sejagat.

Teknologi adalah pemacu yang hebat. Ia mengubah cara kita berurusan, dan kini dengan sokongan dan komitmen Grab, kita sedang melihat tahap keselamatan ditingkatkan lagi, kearah penyelesaian inovatif yang dijana oleh teknologi yang akan menjadikan pengangkutan di Malaysia lebih selamat.

Syarikat e-hailing, Grab dapat memainkan peranan dalam mewujudkan persekitaran Malaysia yang lebih selamat dengan mengurangkan jumlah insiden yang tidak diingini di jalanraya yang boleh dicegah, di samping memberi perlindungan kepada pemandu Grab semasa mereka berkerja keras mencari rezeki.

Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan bagi Malaysia di atas jalan raya mahupun di mana sahaja. Grab sentiasa memberi tumpuan kepada usaha mencari penyelesaian terbaik kepada isu-isu keselamatan pengguna perkhidmatan e-hailing setiap hari.

Kementerian Pengangkutan berpuas hati dan mengalu - alukan Grab mengutamakan aspek keselamatan dalam operasinya, dan sudah pasti akan dapat mencegah sepenuhnya kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Sementara itu Ketua Grab Malaysia Sean Goh berkata teknologi pengecaman muka yang lebih canggih yang dimuatkan dalam aplikasi Grab, akan memastikan gambar yang diambil adalah gambar muka ‘live’ dan ia juga berupaya untuk mengesan dan menolak gambar yang tidak senonoh.

Grab menjamin para penumpang bahawa gambar swafoto mereka akan digunakan hanya sekali bagi tujuan pengesahan sahaja, dan sebagaiman semua data peribadi yang terkandung dalam aplikasi Grab, ia dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Swafoto itu tidak akan dipaparkan sebagai gambar profil atau dikongsi dengan mana-mana pihak luar, termasuk pemandu dan pengusaha.

Sejak diperkenalkan, penampilan ini berjaya menjadi penghalang kepada kejadian jenayah. Jenayah yang berkaitan dengan penumpang di atas platform ini kejadian jenayah berkurangan 30 peratus sejak ia dilancarkan sebagai keperluan buat semua pengguna baru, sekaligus memberikan banyak kelegaan kepada pemandu Grab.

Sumber : Bernama dan Penulis sendiri 

Post a Comment