Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian
Takaful Association (MTA) adalah agensi yang memainkan peranan penting dalam
mencorak industri insurans/takaful Am di Malaysia.
Berikut dikongsikan faktor-faktor yang
mempengaruhi harga takaful (konsep islamik) kenderaan atau insurans kenderaan
(konsep konvisional) :-
1. Market Value /Nilai Harga Pasaran
Kenderaan
Kebiasannya kenderaan yang mempunyai nilai harga
pasaran yang tinggi maka insuran kenderaan tersebut pastinya mahal sebagai
contoh kenderaan Triton harga pasaran di Malaysia diantara RM 100,000 keatas
berbanding dengan Perodua Myvi harga pasaran RM 42,000 keatas bergantung kepada
varian kedua - dua kenderaan diatas. Pastinya harga insuran kenderaan Triton
lagi mahal berbanding kenderaan Perodua Myvi.
2. Umur Kenderaan
Semakin berumur kenderaan tersebut, semakin
murah insurannya, umur kenderaan juga dikaitkan dengan nilai harga
pasaran kenderaan tersebut. Kenderaan yang berumur 10 tahun keatas mempunyai
insuran yang lebih murah berbanding kenderaan berumur 10 tahun kebawah.
3. Plan Perlindungan kenderaan
Sudah pasti plan perlindungan comprehensive
/first party adalah lebih mahal berbanding plan perlindungan third
party fire & thief atau third party.
Plan perlindungan asas comprehensive
( pemilik kenderaan/pemandu, Penumpang & kenderaan) sekiranya pemilik
kenderaan bercadang untuk menambah perlindungan keatas kenderaan tersebut
sebagai contoh perlindungan banjir/gempa bumi/atau sebaginya maka insuran
kenderaan tersebut akan menjadi mahal lagi.
Plan perlindungan third party fire
& thief hanya melindungi kenderaan tersebut dari kecurian dan kebakaran,
dan penumpang (nilai tambah dan dikenakan bayaran).
Plan third party tiada perlindumgan
diberikan terhadap kenderaan tersebut, hanya melindungi penumpang (nilai
tambah dikenakan bayaran) , kebiasannya pemilik kenderaan yang mengambil plan
third party hanya mahu menghidupkan cukai jalan sahaja bagi membolehkan
kenderaan tersebut bergerak diatas jalan raya.
4. Non Claim Discount (NCD)
NCD kenderaan adalah satu insentif yang
diberikan oleh kerajaan, % NCD setiap tahun akan meningkat bermula dari
nilai 0% sehingga maksimum 55%. NCD akan menjadi 0% sekiranya pemilik kenderaan
menuntut insuran sekiranya berlaku kemalangan. NCD boleh dipindah kepada
kenderaan lain, kerana pemberian/hak milik NCD dipunyai oleh individu bukannya
kenderaan.
Post a Comment