The Most/Recent Articles

Showing posts with label Q & A. Show all posts
Showing posts with label Q & A. Show all posts

Tidak Mempunyai Lesen Memandu


Soalan:

Pemandu kenderaan Tidak mempunyai Lesen Memandu melanggar kenderaan lain

Jawapan:

Laporan polis berkenaan kemalangan tersebut wajiblah dibuat terlebih dahulu, apabila laporan polis telah dibuat barulah kenderaan tersebut dihantar ke bengkel panel insurans/takaful untuk tuntutan.

Sekiranya tuntutan dibuat atas insurans/takaful sendiri maka meyebabkan NCD menjadi zero (0), untuk mengelak dari NCD menjadi 0 hasil keputusan/siasatan pihak polis menyatakan yang melanggar tersebut di saman.

Kenderaan Hilang atau dicuri


Soalan:

 Kenderaan hilang/dicuri

Jawapan:

Pemilik kenderaan wajib membuat Laporan Polis atas kehilangan/dicuri kenderaan tersebut dan membuat pemakluman kepada pihak Insurans/Takaful dengan mengisi Borang Tuntutan Kenderaan/Borang Tuntutan Takaful Kenderaan serta lengkapkan ruangan maklumat yang diperlukan bersama salinan dokumen sokongan, seperti Kad Pengenalan Pemilik Kenderaan, Lesen Memandu, laporan Polis, salinan Kad Kenderaan, Cover Note dan dokumen berkaitan sekiranya diminta oleh pihak yang menginsuranskan kenderaan tersebut.

Sekiranya kenderaan tersebut masih dalam tempoh pembayaran (Loan Bank) maklumkan pihak bank berkenaan perkara ini.

Roadtax Mengalami Kerosakan atau Kabur



Soalan: 

Roadtax (Cukai Jalan) yang di lekatkan di cermin kenderaan telah kabur/tidak dapat dibaca atau mengalami kerosakan?

Jawapan:

Sekiranya faktor Kerosakan Roadtax disebabkan oleh kecuaian manusia seperti koyak. Pemilik kenderaan perlu membawa Roadtax tersebut ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berdekatan untuk membuat Roadtax semula dan dikenakan bayaran/fee gantian sebanyak RM 25.00.

Sekiranya kerosakan disebabkan faktor cuaca seperti kepanasan melampau hingga menyebabkan perkataan atau tulisan pada Roadtax tersebut tidak dapat dibaca. Pemilik kenderaan hanya perlu membawa Roadtax tersebut ke JPJ berdekatan dan tidak di kenakaan apa-apa bayaran.