Gergasi e-hailing, Grab melabur
AS$2 bilion (RM8.24 bilion) di Indonesia dalam tempoh lima tahun akan datang,
menggunakan dana dari SoftBank Group dari Jepun untuk meningkatkan kehadirannya
dalam ekonomi terbesar di Asia Tenggara.
Pelaburannya di Indonesia akan
memberi tumpuan kepada membangunkan rangkaian pengangkutan kenderaan generasi
akan datang dan melancarkan perkhidmatan e-penjagaan kesihatan untuk
meningkatkan akses kepada doktor dan perkhidmatan perubatan di seluruh
nusantara.
Pengumuman itu dibuat selepas
SoftBank minggu lalu berkata, ia akan bekerjasama dengan firma teknologi
termasuk Apple dan Microsoft dalam dana pelaburan baru bernilai AS$108 bilion
(RMRM445.28 bilion).
SoftBank Group Jepun itu juga
telah melabur dalam Grab, yang bersaing dengan gergasi e-hailing motosikal
Indonesia, GoJek dan menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk penghantaran
makanan dan pembayaran bil.
Grab juga mengumumkan rancangan
untuk membina sebuah ibu pejabat kedua di Indonesia yang akan menempatkan pusat
penyelidikan dan reka bentuk. - AFP
Sumber: Pelaburan Grab di Indonesia
Post a Comment