Berikut
dikongsikan faktor-faktor yang mempengaruhi harga takaful (konsep
islamik) kenderaan atau insuran kenderaan (konsep konvisional) :-
1. Market Value /Nilai Harga Pasaran Kenderaan
Kebiasannya
kenderaan yang mempunyai nilai harga pasaran yang tinggi maka insuran
kenderaan tersebut pastinya mahal sebagai contoh kenderaan Triton harga
pasaran di Malaysia diantara RM 100,000 keatas berbanding dengan Perodua
Myvi harga pasaran RM 42,000 keatas bergantung kepada varian kedua -
dua kenderaan diatas. Pastinya harga insuran kenderaan Triton lagi mahal
berbanding kenderaan Perodua Myvi.
2. Umur Kenderaan
Semakin
berumur kenderaan tersebut, semakin murah insurannya, umur kenderaan
juga dikaitkan dengan nilai harga pasaran kenderaan tersebut. Kenderaan
yang berumur 10 tahun keatas mempunyai insuran yang lebih murah
berbanding kenderaan berumur 10 tahun kebawah.
3. Plan Perlindungan kenderaan
Sudah pasti plan perlindungan comprehensive /first party adalah lebih mahal berbanding plan perlindungan third party fire & thief atau third party.
Plan perlindungan asas comprehensive
( pemilik kenderaan/pemandu, Penumpang & kenderaan) sekiranya
pemilik kenderaan bercadang untuk menambah perlindungan keatas kenderaan
tersebut sebagai contoh perlindungan banjir/gempa bumi/atau sebaginya
maka insuran kenderaan tersebut akan menjadi mahal lagi.
Plan perlindungan third party fire & thief hanya melindungi kenderaan tersebut dari kecurian dan kebakaran, dan penumpang (nilai tambah dan dikenakan bayaran).
Plan third party
tiada perlindumgan diberikan terhadap kenderaan tersebut, hanya
melindungi penumpang (nilai tambah dikenakan bayaran) , kebiasannya
pemilik kenderaan yang mengambil plan third party hanya mahu menghidupkan cukai jalan sahaja bagi membolehkan kenderaan tersebut bergerak diatas jalan raya.
4. Non Claim Discount (NCD)
NCD
kenderaan adalah satu insentif yang diberikan oleh kerajaan, % NCD
setiap tahun akan meningkat bermula dari nilai 0% sehingga maksimum 55%.
NCD akan menjadi 0% sekiranya pemilik kenderaan menuntut insuran
sekiranya berlaku kemalangan. NCD boleh dipindah kepada kenderaan lain,
kerana pemberian/hak milik NCD dipunyai oleh individu bukannya
kenderaan.
Sumber : Penulis sendiri daripada pengalaman sebagai Ejen Takaful Am / Insuran Am
Post a Comment